Friday, December 21, 2012

Sebuah Pertemuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Hyee sahabat dan pembaca semua :)) .  alhamdulillah aku masih sehad hari ni dan dapat menghirup udara segar yang Allah bagi percuma aje untuk semua penghuni muka Bumi sama ada Islam mahupun sebaliknya kan kawan-kawan . okay hari ni tajuk entri aku " Sebuah Pertemuan " . haha bunyi macam kisah cinta bagai kan . cintakah ? yup , cinta seorang manusia terhadap kawan-kawannya insya-Allah kerana Allah . okay , aku rindui kawan-kawan aku sangat disaat ni :))


Okay , gambar ni masa aku di zaman remaja separuh kanak-kanak . comel kan ? comel kan ? masa ni aku dan kawan-kawan Form 1 lagi . aiseyman , macam yang dikatakan budak kelas aku ni gangster kelas sebab perangai aku ni ganas and aku tak boleh nafikan itu . wakakaka :D tapi aku ni ayu taw LOL . di chulanlah bermulanya pertemuan aku dengan kawan-kawan dan kekal sehingga kini walaupun ramai dah pindah keluar :)) . aku rindu nak ponteng rokol sama-sama , ponteng terawih , ponteng jemaah dan sebagainya TAPI haa ada tapi taw kami dah insaf sekarang ni tak buat dah kerja-kerja macam tu :)) ayat poyo kan ? haha . dalam kehidupan ni , kita jangan sombong dan berkawanlah dengan semua orang TAPI pilihlah kawan yang boleh membawa kita kepada kejayaan dan kawan yang membawa ke syurga . jangan jadi ibarat " kawan ketawa ramai , kawan menangis sukar dicari " . pilihlah kawan yang betul agar tak menyesal dikemudian hari :)) . alhamdulillah , kawan-kawan aku yang kat Chulan semuanya kawan-kawan yang baik dan insya-Allah kawan-kawan yang membawa ke syurga . ingat menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya :)) . 

Assalamualaikum :))

Thursday, December 20, 2012

Berterima kasih Kepada Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :))

Hyee sahabat semua . alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku sehingga kini dan memberi peluang lagi untuk aku berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik :)) . kenapa aku cakap macam ni ? alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk melihat sendiri keputusan peperiksaan akhir tahun aku di SAPS . tak perlu ungkap lebih sekadar " Alhamdulillah" , Allah mahu menguji diriku turun sedikit dari peperiksaan pertengahan tahun . tidak mengapa , itu bererti aku perlu memperkuatgandakan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang . jadi entri aku hari ini bertajuk " Berterima Kasih Kepada Allah " . kalau nak dihitungkan nikmat yang Allah kurniakan pada kita tak terhitung kalkulator kita tu silap-silap boleh rosak . Ya Allah , terlalu banyak nikmat yang kau kurniakan kepada kami cuma kami yang tidak berterima kasih kepada-Mu . janganlah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak tahu berterima kasih , Amin . sebenarnya , dulu aku pernah termasuk dalam golongan-golongan tersebut . dulu aku ni merasakan diri aku betul , betul dan sentiasa betul . aku tak pernah fikirkan kesalahan sediri kerana aku merasakan aku betul dan sentiasa betul . aku senang cari gaduh dengan orang walaupun perkara itu kecil sahaja dan boleh diselesaikan dengan cara yang baik seperti berbincang . tetapi Allah itu Maha Penyayang , Dia tidak mahu hamba-Nya hanyut jadi aku mendapat kesedaran itu dengan sendirinya pada hari-hari terakhir persekolahan , Alhamdulillah Ya Allah :)) . ketika itu baru aku merasakan diri ini terlalu banyak berbuat salah kepada ramai orang dan itu mungkin salah satu puncanya keputusan akhir tahun aku merosot sedikit :') . tibanya musim cuti sekolah aku mendapat mesej dari seseorang dan seseorang ni banyak menyedarkan aku dengan lebih banyak walaupun caranya salah mencarut bagai tapi aku nak berterima kasih kepadanya kerana kalau dia tak marah aku bagai mungkin aku takkan sedar kesalahan diri hingga akhirnya :)) . sejak dari kejadian itu , barulah aku sedar betapa banyaknya kesalahan diri dan betapa kerdilnya diri ini di mata Allah . Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang kerana aku diberi kesempatan untuk berubah dan membetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan supaya tidak terjejas keputusan SPM aku pada tahun hadapan :)) . wahai sahabat , jadikanlah kisah hidup aku sebagai pengajaran kepada sahabat semua . tidak susah pun , short and meaningful . kita boleh cakap I Love You , I Miss You , Take Care Sayang , tapi setakat Alhamdulillah tu sehari berapa kali aje kita lafazkan ? malulah pada diri itu sikit . Allahu Akbar ! sekian sahaja yang mahu dikongsi hari ini .

Assalamualaikum :)

Sunday, December 16, 2012

My Crush :)







Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Hyee peeps ! thanks kerana sudi membaca . okay today aku nak share about my crush :') . ni siapa ? kepada k-pop fans kenallah ni TOP Big Bang alorh yang rapper tu sekali dengan G-Dragon . haa , handsome kan ? kan :') ? nilah crush aku wehh hebat tak aku ada crush aku bukan senang taw nak crush kat orang bagai tapi TOP ni dah buat aku crush kat dia . first tyme aku crush kat dia tyme aku tengok MV last farewell handsome gila wehh rasa nak peluk-peluk aje dia . kahkah . now aku nak buktikan juga aku bukan jenis perempuan yang terhegeh-hegeh kat laki lain macam yang dicakapkan oleh someone . yes , aku tak terhegeh-hegeh pun ! lebih baik aku crush and terhegeh-hegeh kat artis dah tentu aku takkan dapat and hati aku pun tak sakit kalau aku crush kat TOP ni . tapi kan hari tu aku tengok MAMA 2012 TOP peluk-peluk dengan perempuan lain hati aku rasa lain macamlah rasa patah hati takkan aku betul-betul sukakan dia kowt ? habislah AienHusna dah ada crush sebenar nampak ! haha tak mungkinlah aku betul-betul sukakan dia . tapi banyak tanda macam aku minat sangat kat dialah . semalam aku mimpi pasal aku dengan dia ni tak tipu sumpah wehh . nak dengar mimpi aku tak ? kami budak universiti sama one day aku tunggu bas then TOP ni tergesa-gesa sebab lambat nak masuk exam so dia terlanggar aku . tyme tu dia ni study sambil nyanyi group Big Banglah . kat kampus semua orang duk terkejar-kejar dia . aku crush kat dia lama dah tapi aku tak berani nak confess and aku tak nak orang tahu so aku buat biasa-biasa aje bila terserempak dengan dia . dia mungkin tak kenal aku tapi aku kenal sangat dia sampaikan board aku penuh dengan gambar dia . dasyat tak aku haha xD . sampaikan suatu hari ni setiap kali projek kampus aku mesti satu group dengan dia so banyaklah assigment kena buat bersama kan jadi bertambah sukalah aku kat dia . kami jadi rapat mulai hari tu semua kerja kami buat bersama . one day aku dapat tahu yang dia ni sukakan orang lain and aku frust gila tyme tu . aku avoid dia and dia perasan perubahan aku . sampaikan aku sakit aku makan ubat batuk habis satu botol . aku keluar jalan-jalan nak tenangkan diri faham-faham ajelah ubat batuk kan khayal then TOP nampak aku jalan terhuyung-hayang so dia papah aku balik rumah aku tapi berlapik taw . tyme tulah mulut aku lancar aje cakap sambil menangis ' Awak , awak tahu saya suka awak ? Kenapa awak sanggup buat saya macam ni ? Awak tak perasan ke sikap saya kat awak ? Sampai hati awak sukakan orang lain dalam masa yang sama awak macam bagi harapan kat saya . Saya sukakan awak dari sebelum awak popular lagi . Kalau awak tak sukakan saya kenapa awak layan saya terlalu baik sehingga membuatkan saya lebih menyukai awak ? Sudahlah , awak pergi dari sini dan jangan muncul depan saya dah . Awak takkan faham apabila kita menyukai orang tu tapi tak dibalas perasaannya ' . TOP balas ' Awak , siapa kata saya tak sukakan awak ? Saya sukakan awak sejak pertama kali saya terlanggar awak tu dan pasal perempuan tu cuma gosip aje tak ada maksud apa-apa . Saya ingatkan awak tak sukakan saya sebab tu saya tak berani nak confess kat awak . Awak tahu bila saya dapat group dengan awak saya happy sangat taw sebab saya dapat bersama dengan awak . Bila awak avoid saya rasa sakit sangat tapi saya tak mampu kata apa-apa sebab saya tak tahu nak buat apa . Awak tahu tak awaklah orang pertama yang saya suka dan saya harap selamanya . Sudikah awak berkahwin dengan saya ? ' . tyme tu aku happy gila wehh rasa nak peluk aje TOP tu tapi aku suruh dia masuk Islam dulu then baru kahwin dengan aku . handsome gila TOP nangis depan aku tyme tu :') . tapi mimpi aku tak sempat habis sebab tyme tu dah subuh . serious talk aku bukan reka-reka mimpi ni betul punya . hope malam ni mimpi TOP lagi kbye :') .

Assalamualaikum :)

MuahmuahLoveyou <3

Monday, December 10, 2012

Jalan-Jalan :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua .

Okay esok aku pergi camp easyaddmath kat SBPI Gopeng dari isnin sampailah khamis so kepada semua pembaca setia sorrylah jangan rindu-rindu yeark . LOL :P btw bukan ni yang aku nak story kat korang tapi aku nak story pasal jalan-jalan . haa , apasal tiba-tiba jalan-jalan nilah aku nak story . hari ni kan aku satu family pergi jalan-jalan ke tesco . haha punyalah cerita lebih habis-habis kat tesco aje pun . kami bukan jalan-jalan lah kami shopping ulang suara SHOPPING barang niaga umi aku sekali beli barang dapur . kami pun boronglah apa yang patut tiba-tiba aku terpandang cinta dogeng aku siapa lagi kalau bukan Momon comell ! hehe apa lagi tersegihlah aku korang cuba bayangkan Momon tu lebih kurang besar aku seronok aku peluk tadi then aku pun usyalah tanda harga hhmm harga pun memang BESAR tak terhingga kalau aku jual botol belakang rumah pun belum tentu dapat beli . so terpaksalah aku melepaskan genggaman tangan Momon dengan hati yang sedih tapi kejap aje pun aku terpandangkan satu benda petak kecil shiny-shiny dalam kaca tapi harga dia lagi mahal dari Momon tu . cuba teka apa bendanya ? cepat ! siapa cepat dia dapat Lollipop ! haha handphone Sony Xperialah . aku memang teringin handphone tu dari dulu lagi tapi aku tak ada duit nak beli so hanya mampu menatap wajahmu setiap kali terpandang . aku crush kat kau kowt wahai Sony Xperia :3 . haha kesian crush I taw TOP tulah hee . aku rasakan aku dah ada crushlah cuba teka siapa ? dah sah-sah aku mention tadi mestilah TOP . tak , cuba bayangkan aku terlalu taksub dengan TOP ni sampaikan dia peluk perempuan lain pun aku naik jealous taw . ni seriously aku tak tipu aku jealous gila tapikan kalau crush mestilah mimpi kan . haha perasaan aje kowt tapi apa salahnya kalau aku crush kat TOP bukannya dia tahu pun kan ;) . jangan bagitahu dia taw sebab aku crush aje .

MuahmuahLoveyou <3

Sunday, December 9, 2012

Candidates SPM 2013 :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

Okay now dah masuk tengah bulan 12 pun and tahun depan bermulalah perjuangan besar yang menentukan masa depan aku apa lagi kalau bukan SPM . ggrr , bunyinya scary kan ? haha aku yang nak type pun scary juga taw . cuti ni pun berlambak homework cikgu bagi taw paling banyak chemistrylah . penat dowh nak siapkan tapi tak apa tu kan amanah and amanah perlu dilaksanakan kalau kita pecah amanah kita tergolong dalan orang-orang yang munafik taw . ingat tu :) . okay , aku ni budak sains agama maksudnya aku ambil 11 matapelajaran . Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik , Kimia , Biologi , Fizik , Sejarah , MatematikTambahan , Pendidikan Al-Quran dan Sunnah , Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab . banyak kan ? kan ? nak buat macam mana aku yang decision nak masuk kelas ni so ambillah walaupun banyak tapi tak terbeban pun just Fizik , Addmath dengan Arab aku tersangatlah teruk and aku memang lemah pun subjects tu . hadis Nabi : menuntut ilmu itu adalah fardu ke atas setiap muslim . haa , nak tahu tak ambition aku apa ? cuba teka ! cuba teka ! aku nak jadi botany insyAllah setakat ni tulah cita-cita aku manalah tahu berubah pula akan datang . memadangkan tahun depan SPM so kita bermaaf-maafanlah supaya memudahkan kita menjawab soalannya nanti . jagalah hubungan sesama manusia kerana mereke dapat mendoakan yang baik-baik untuk kita . aku pun dah buat dah just terserah kepada tuan empunya badan nak memaafkan ke atau tidak . jikalau orang melakukan perkara yang menyakitkan hati kita walaupun kita dah meminta maaf dan cuba nak berbaik , kita tunjukkan sifat-sifat yang baik pada dia dan berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati orang itu . insyAllah :) . jika kita ikhlas memaafkan orang , insyAllah hatinya pasti lembut .
 

p/s : menuntun ilmu itu adalah fardu ke atas setiap muslim 

Assalamualaikum :)

Monday, November 19, 2012

Kawan :)






Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Actually i miss my friend , Kak Ana . haa , macam mana aku boleh kenal dia ? abang akulah dia kawan abang aku and then kami terus jadi kawan sampai sekarang :) . dia study kat Universiti Puncak Alam and ambil asasi sains kat sana . shes got 8A1B in SPM . pandai kan ? aku pun nak pandai macam dia juga . okay , actually cuti ni kami plan nak hang out samasama tapi tibatiba dia kena balik Puncak Alam awal sebab kena sambung semester kedua 3 Disember ni -,- . baru ingat nak jumpa for the first time in my life tibatiba tak jadi but its okaylah bukan dia yang nak keadaan yang memaksa . but tahu tak apa yang paling awesome ? dia nak post hadiah birthday aku kat rumah ^^ . ni untuk kali ke-2 aku terima hadiah dari orang untuk birthday aku :) . teruja sangat ! thanks sis , aien hargainya walaupun tak dapat lagi . seriously aku cakap kawankawan universiti aku lagi mengingati aku dari kawan baik sendiri masuk MRSM terus lupakan aku . siapa lagi kalau bukan Khairul Azwari Bin Adnan . tak apalah kyrul , lantak kat kau malas aku nak ambil tahu dah pasal kau . back to topic , aku rindu tibatiba kat Kak Ana and terasa kehilangan yearklah dia selalu text and chat aku . selalu buat lawak antarabangsa dengan aku sampai naik gulingguling aku dengarnya . thanks kak :) . kbye .

p/s MuahmuahLoveyou <3

Monday, November 12, 2012

Namjoo :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera :) .

Firstly sorry kat korang yang setia membaca blog aku ni . aku busy sikitlah and aku dah jarang onlinelah sekarang . so hari ni aku nak share sikit pasal group korea A Pink . ni namanya Nam Joo and dia ni salah satu ahli group A Pink . aku minat gila kowt A pink ni lagi-2 Namjoo . comel kan ? haha aku tahu sebab tulah aku minat dia . aku kalau tengok dia ni mahu tak melompat , menjerit tu bukan akulah mesti kena melompat punyalah sebab geram sangat aku tengok dia senyum . kan bagus kalau aku comel macam dia ( ewahh ) tapi betullah kan bagus kalau aku comel macam dia ni :) . bayangkan aku yang perempuan tengok dia pun cair ni kan kalau lelaki tengok aku rasa maybelah jatuh tangga boleh jatuh longkang boleh . haha xD . sebenarnya group diaorang ni ada 7 orang ahli . ada Choo Rong , Bo Mi , Yoo Kyung , Nam Joo ( yang paling comel :D ) , Ha Young , Eun Ji dan Na Eun . semua comel-2 tapi aku paling suka Nam Joo :) . hee :D . aku menyeru kepada semua pembaca minatlah group ni serius anda takkan menyesal punyalah . eh , macam iklan pula kan . haha xD . selamat meminati ! ni serba sedikit profile pasal Nam Joo :) .

Real Name : Kim Nam Joo (김남주)
Stage Name : Namjoo (남주)
Nickname : Shikshin
Birthdate : April 15, 1995
Height : 165 cm
Weight : 48 kg
Blood Type : B
Education : Dongmyung Kindergarten, Wonmyung Elementary School, Seoil Middle School, Seoul Performance of Arts High School
Hobbies : Copying other people, Dancing, Singing, Eating Well
Specialty : Jazz Piano
Favorite Food : Spicy Chicken, Pork, and Kimchi stew made by her mother
Favorite Color : Purple, Pink
Favorite Number : 3
Label : A Cube Entertainment

MuahmuahLoveyou <3