Thursday, December 20, 2012

Berterima kasih Kepada Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :))

Hyee sahabat semua . alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku sehingga kini dan memberi peluang lagi untuk aku berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik :)) . kenapa aku cakap macam ni ? alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk melihat sendiri keputusan peperiksaan akhir tahun aku di SAPS . tak perlu ungkap lebih sekadar " Alhamdulillah" , Allah mahu menguji diriku turun sedikit dari peperiksaan pertengahan tahun . tidak mengapa , itu bererti aku perlu memperkuatgandakan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang . jadi entri aku hari ini bertajuk " Berterima Kasih Kepada Allah " . kalau nak dihitungkan nikmat yang Allah kurniakan pada kita tak terhitung kalkulator kita tu silap-silap boleh rosak . Ya Allah , terlalu banyak nikmat yang kau kurniakan kepada kami cuma kami yang tidak berterima kasih kepada-Mu . janganlah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak tahu berterima kasih , Amin . sebenarnya , dulu aku pernah termasuk dalam golongan-golongan tersebut . dulu aku ni merasakan diri aku betul , betul dan sentiasa betul . aku tak pernah fikirkan kesalahan sediri kerana aku merasakan aku betul dan sentiasa betul . aku senang cari gaduh dengan orang walaupun perkara itu kecil sahaja dan boleh diselesaikan dengan cara yang baik seperti berbincang . tetapi Allah itu Maha Penyayang , Dia tidak mahu hamba-Nya hanyut jadi aku mendapat kesedaran itu dengan sendirinya pada hari-hari terakhir persekolahan , Alhamdulillah Ya Allah :)) . ketika itu baru aku merasakan diri ini terlalu banyak berbuat salah kepada ramai orang dan itu mungkin salah satu puncanya keputusan akhir tahun aku merosot sedikit :') . tibanya musim cuti sekolah aku mendapat mesej dari seseorang dan seseorang ni banyak menyedarkan aku dengan lebih banyak walaupun caranya salah mencarut bagai tapi aku nak berterima kasih kepadanya kerana kalau dia tak marah aku bagai mungkin aku takkan sedar kesalahan diri hingga akhirnya :)) . sejak dari kejadian itu , barulah aku sedar betapa banyaknya kesalahan diri dan betapa kerdilnya diri ini di mata Allah . Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang kerana aku diberi kesempatan untuk berubah dan membetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan supaya tidak terjejas keputusan SPM aku pada tahun hadapan :)) . wahai sahabat , jadikanlah kisah hidup aku sebagai pengajaran kepada sahabat semua . tidak susah pun , short and meaningful . kita boleh cakap I Love You , I Miss You , Take Care Sayang , tapi setakat Alhamdulillah tu sehari berapa kali aje kita lafazkan ? malulah pada diri itu sikit . Allahu Akbar ! sekian sahaja yang mahu dikongsi hari ini .

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment