Sunday, September 30, 2012

Comel Tak ? :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Hari ni aku kena balik hostel . yeay ! *lompat* aku memang suka balik hostel sebab kat hostel aku bolehlah nak study ka homework ka kurang sikit gangguan :) . okay , hari ni aku nak post pasal Momon a.k.a Doraemon . aku minat tak animated Doraemon ni sebab dia comel and tembam . adalah juga macam abang kan ? hahaha xD . comel kan ? ni sebenarnya keychain Aliah aku cilok then aku tangkap picnya dahlah tyme prep malam saja aje kan aku cari nahas . aku dengan Aliah tu kan banyak persamaanlah . kami samasama minat biru , samasama minat Doraemon , samasama rendah and kecil tapi dia kecik sikit and rendah sikit dari aku , samasama kuat melantak . hahaha xD tak sangka ada kembar kan walaupun tak sama mukanya . dia tu budak hot aku budak biasa aje *sengih* . tapi she's kind , friendly , sporting , funny and etc . best dowh kawan dengan dia . kami selalu gaduh pasal Doraemon taw sampai pernah jadi kes gigit menggigit . aku kalau bab gigitgigit ni akulah juaranya :) . best dowh gigit ni . tulah sebab aku tak boleh kalau ada orang sandar kat aku mulalah aku usya aje tangan dia . tapi yang selalu jadi mangsa aku adalah Mummy a.k.a Dayah . hee :D mesti tertanyatanya kan kenapa panggil Dayah mummy . entahlah tibatiba hari tu terpanggil Mummy so terbawabawa pula . dengan Mummy aje aku bahasakan diri aku Una . yuks , geli kan U.N.A ? aku mainmain aje bukan betulbetul . tapikan Momon ni comellah dahlah tembam sama macam abang aku taw tak . tu lagi sat manusia aku mesti geram kalau duduk dengan dia taw . tengok tangan dia tu MasyAllah aku nampak macam aiskrim ada macam ayam goreng ada tapi aku sabar aje :) . lawak kan ? hahaha xD . anyway , insyAllah akan aku jaga Momon ni semampu boleh :) . kbye salam .

MuahmuahLoveyou <3

Rimas :( !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Okay , sekarang ni aku betulbetul di tahap kesabaran yang tak boleh ditahan dah . aku betulbetul rimas dengan Hafiz ni . aku peninglah dengan manusia seorang ni dah aku reject pun nak cari aku juga ka ? heii , ramai perempuan kat luar tu lagi lawa lagi cun dari aku . kalau nak suka aku tapi tak menyusahkan and merimaskan harihari aku tak apalah ni memanjang aje kau melalak panggil nama aku . kau ingat aku tak malu ka hafiz , pleaselah be matured . aku ni nak cakap perangai matured sangat taklah tapi aku bolehlah fikir lagi . bukan maksud aku reject kau sebab kau duduk kelas K tapi aku tak minat couplingcoupling ni cintan cintun ni kalau maggi cintan tu aku minatlah sebab makanan ce kalau kau makanan tak payah tunggu kau minta aku aku dulu serbu kau taw . kau baik , funny , jaga solat and ada rupa orangnya aku mengaku tu bukan aku aje yang cakap membermember aku pun cakap tapi kalau aku terima kau pun siasia aje hafiz sebab aku terima kau sebab aku kesian . heii , aku tak naklah mainkan perasaan orang sebab aku tak nak orang mainkan persaan aku kemudian hari . kau tak ingat ka aku pernah baling kerusi kat kau sebab kau memekak kat sebelah aku ? tak serik lagi kau ni kau buat lagi . aku tak makan kat kantin pun jadi masalah besar kat kau . tu aku dah biasa tak makan tyme rehat nak simpan duit . tak payah fikir sangat pasal aku tak penting pun . aku tengking kau , marah kau , buli kau itu ini tapi kau still juga ikut aku mana aje aku nak pergi . aku buat semua tu nakkan kau benci aku tapi lain pula yang jadinya . stoplah hafiz ! pandang ke depan ! aku bukan yang terbaik untuk kau so please carilah orang lain . aku hargai perasaan tu and thanks sebab suka aku tapi aku memang tak boleh terima kau . aku cerita kat abang pasal kau , abang suruh aku jangan layan . okay , kita tengok nanti jadi ka tak . dulu kak irin merangkap kawan baik aku tu pun cakap benda yang sama ehh sama aje kau kacau juga aku . bilalah aku boleh hidup tenang kat sekolah tu = , = . aku akan try tak layan kau dah . kbye salam :) . 

MuahmuahLoveyou <3

Nasib Baik :)

Assalamualaikum an selamat sejahtera to all my readers :)

Firstly , thanks to be my loyal readers . betul ka BI aku ni ? entahlah tengah mencuba nak kuasai grammer ni . huhu ^^ . btw , aku baru aje habis buat homework ni . alhamdulillah , siap juga Chemist , Addmath dengan Bio tu tapi taklah semua , yang tak tahu tu aku tinggallah TAPI aku usaha dulu taw nak buat tu . jangan tuduhtuduh Allah marah *tunding jari* . aku nak share sikit pasal semalam kat hostel . NYARISNYARIS KANTOI ! macam ni , minggu ni patutnya kami tak boleh balik kena ganti sekolah tapi tibatiba ada budak nak tumpang hostel so terpaksalah kami kosongkan dorm . okay then sementara nak tunggu ayah aku tu aku buatlah homework yang tak siap lagi and charge handphone . tibatiba Puan Rohaida merangkap PK HEM sekolah masuk dorm . dahlah tak bagi salam tibatiba muncul macam tu aje . mahu tak terkejut beruk aku weii , aku dah buat langkah silat kowt kat plug tu tak nak bagi Puan Rohaida nampak . lantaklah tyme tu dia fikir aku gila ka apa asalkan handphone aku selamat . takkan nak masuk lagi kowt bilik pengetua kali yang ke - 3 . aku menarinari kowt kat situ dah macam orang sewel , Puan Rohaida tengok aku pelik aje tapi nasib baiklah dia tak tanya aku kalau tak KANTOI ! dahlah pakai kain sekolah menarinari pula nampak benar macam budak terencat akal , aku ni dahlah memang tak suka pakai kainkain ni memang buruk sangatlah aku kangkang tu *muka cipanzi* . hahaha ^^ . nasib baik tyme tu dalam dorm tak ramai orang kalau tak mahu tak malunya aku adikadik dengan membermember nampak aku menari beruk kat situ . lepas Puan Rohaida keluar aku terus cabut charger tu simpan terus dalam beg . aku taklah kisah sangat kalau kena rampas handphonenya sebab aku beli RM50 tapi nak masuk bilik pengetua , nak panggil mak ayah aku datang , nak mendengar Mama merangkap Cikgu Suhaila tu membebel tyme rokol tu yang aku tak sanggup . tyme tu barulah rasa selamat kalau tak tak examlah aku nanti . haa , alangalang kan tolong yeark doakan aku nak exam final dah ni :) , takut sangat :'( . kbye salam .

MuahmuahLoveYou <3

Monday, September 17, 2012

Happynya Saya :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Sabtu hari tu kan aku jumpa abang aku kat library taw . ooppss , lupa nak habaq yeark , aku dengan abang dah baik dah . hee :) . macam bodoh kan ? baik gaduh baik gaduh . tu ajelah modalnya . tak sangka kan boleh jumpa . aku rindu gila kat dia dah nak empat bulan kowt tak jumpa rasa macam nak gila pun ada *ayat hiperbola* . tyme jumpa dia tu aku saja tengok muka dia lamalama ehhehh merah kowt muka dia . abang ni muka dia cepat merah kalau aku tengok dia lamalama . aku saja aje usya muka abang nak tengok muka abang jadi mearh . menjadi kowt :) . then , aku suruh dia ajar chemist , alhamdulillah siap sudah kerja chemistnya :D . after tu dia jak aku teman dia minum , aku pun temanlah tapi aku tak minum pun . aku tak suka minum air manismanis ni , bukan nak diet atau apa tapi memang tekak aku tak boleh masuk dengan air manismanis ni . then , tengok kantin pula full gila sampai tak ada tempat nak duduk so kami decide minum aje air gas . dia pilih air pepsi and dia tanya aku confirmlah aku tak nak xD . then , kitaorang dudukduduk kat bangku taman tu sambil sembangsembang . wee , bestnya dapat lepas rindu . tapi kan , yang aku begangnya sampai sekarang dia selalu lupa birthday aku taw . mahu tak sedihnya :'( . dahlah tahun lepas dia wish birthday aku 25 . 11 tahun ni dia katanya birthday aku 25 . 12 . adeii , abang ,abang . birthday adik 5 . 12 lah . agaknya kena tampal note kat kepala dia memanjang kowt baru ingat birthday aku . aku tak pernah lupa birthday dia walaupun aku selalu wish lambat at least aku wish and aku tak lupa . tak apalah , takkan nak gaduh dengan abang pasal hal kecil kan ? huu :) . anyway , exam final aku nak dekat dah . lagi 4 minggu woo . takut gila weii . pray for me yaa <3 . kbye :) .

MuahmuahLoveyou <

Sunday, September 9, 2012

Pedihnya Hati :'(

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Hari ni aku just outing and kejap lagi aku nak balik . so sorry aku tak ada mood hari ni actually sebab ada orang spoilkan mood aku semalam sampai hari ni . abang , sampai hati abang kan ? okay , aku mengaku memang aku saja tak angkat call dia . dah tiga hari dia call tapi aku buat bodoh aje . jumaat sekali semalam dua kali . lagipun kredit aku tersangatlah ciput and memang tak ada mood nak sembangsembang ni . then semalam abang mesej and tiba-2 emotional pula . what's his problem huh ? memarah aku pula . aku tak ada masalah lah weii ! berapa kali nak bagi tahu . memang aku tak ada mood pun . dahlah pagi tu oral BI kena down gilagila dengan teacher ferry , aku tahu salah aku tak apa . then , dua ekor musang chulan ni cari pasal dengan aku pula . jangan sampai aku bakar kau sampai rentung taw . then , malam abang mesej macam syial ! ouh , penat tahu tak *mengeluh . tyme aku kena marah dengan teacher aku sabarkan diri and aku jadikan abang sebagai sumber inspirasi aku untuk semangat balik alihalih malam dia buat aku marah . aku ni menyusahkan kan ? aku ni selalu buat abang jadi mangsa keadaan kan ? thanks a lot abang ! congrated , i give you a big clap :) . betapa luluhnya hati aku tyme dia mesej macam tu . tak sangka orang yang aku sayang selama ni sanggup cakap macam tu . dah nampak sangat kan SAYANG abang tu semuanya PALSU ! aku terus tak ada mood nak buat homework and terus pergi toilet . hati aku tibatiba sebak rasa macam nak nangis . terkenang balik tyme aku dilukai tyme standard 6 . dulu erwan yang buat aku benci lelaki , then okay dah and sekarang abang pula . sumpah , your harsh words sangat menyakitkan hati :'( . aku tabahkan hati juga and kuatkan hati supaya tak nangis . then aku terus naik katil and buatbuat tidur walaupun aku tak boleh tidur sebenarnya . kalaulah aku ni menyusahkan abang , kenapa ambil aku dulu ? kenapa buat aku sayang kat abang ? KENAPA ? KENAPA ? hati aku sakit tahu tak ! sakit sangat ! memang aku susah nak menangis tapi sekeraskeras hati perempuan dia pasti akan menangis juga untuk orang yang disayangi . aku sedar aku tak perfect tapi jangan sekejam tu . aku ada perasaan juga :'( . kenapa dulu aje tak abang cakap macam tu ? sekurangkurangnya perasaan SAYANG tu tak menular and tak kuat mana TAPI kenapa sekarang ? KENAPA SEKARANG ? kenapa di saat aku dah betulbetul sayangkan abang baru abang tunjukkann perangai abang yang sebenar ? KENAPA ABANG ? sejujurnya aku tak pernah merasakan abang tu beban , menyusahkan atau menjadikan aku mangsa keadaan . walau besar kuman pun tak , sikit pun tak abang tahu tak :'( . walaupun aku pernah kena macammacam tahun lepas *bukan nak ungkit . bahkan aku anggap dia sebagai sumber inspirasi aku dalam semua hal . bila aku sedih , aku teringat dia mesti aku happy balik , bila aku hampir putus asa aku teringat dia , aku jadi bersemangat balik . ada abang tahu tak ! TAK ! ABANG TAK PERNAH TAHU ! aku tahu aku banyak menyusahkan abang kan . banyak sangat sampai tak terbilang . aku relakan abang cari adik lain yang takkan menyusahkan abang ang buat abang jadi mangsa keadaan :'( . abang , kalau betullah aku ni menyusahkan , lepaskanlah aku walaupun aku tak rela . kbye .

MuahmuahLoveyou <3

Sunday, September 2, 2012

Rindunya Momon :')




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :D

Hari ni aku nak balik hostel . sedih pun ada happy pun ada . sedih sebab nanti kena dengar warden bising kalau ada budak buat hal happy pula sebab aku boleh start belajar macam biasa :) . entahlah tahun ni semangat nak belajar tu berkobarkobar pula .maybe sebab PMR aku teruk kowt so nak tebus balik tyme SPM . chayokchayok aien :) . main point aku post hari ni nak luahkan yang ADIK RINDU ABANG <3 ! *menjerit terkinjakinja . hari ni dah nak masuk tiga bulan setengah aku tak jumpa my abang bulat :'( . so rindu maa kat abang . kita just call and mesej aje kan walaupun tak selalu tapi yang sebenarnya aku nak jumpa bukan nak mesej . rindu nak tengok muka malu dia bila aku usya lamalama sikit , rindu nak perasan comel kat dia , rindu nak sembangsembang dengan dia , nak pukul dia pakai buku bila dia tak dengar cakap aku and semualah *jerit sambil angkat tangan tinggitinggi . abang ajak aku hang out tyme cuti panjang nanti tapi aku tak confirmlah boleh ke tak sebab cuti panjang ni macam busy . pak lang aku nak kawin hee bakal dapat anak buahlah aku *muka bangga . then ada kem easy addmath nanti aku confirmlah nak pergi . nak SPM doe tahun depan . lagipun aku takut jadi macam tahun lepas first tyme hang out dengan abang fulamak kantoi dengan mak cik dia pula *tepuk dahi . mahu tak cukup tanah aku lari nak selamatkan diri dari jumpa mak dia . nasiblah aku sayang dia kan aku rasa kalau orang lain dah break kowt tapi lupakanlah pasal tu bukan salah abang pun . tapi nak hang out dengan abang juga *hentakhentak kaki , tapi busy *muncung mulut . macam mana ni ? arrhh , tu nanti fikir yang pasti aku tersangatlah rindu kat my abang yang bulat :) . sayang abang <3 . kbye ;)

MuahmuahLoveYou <3

Begangnya Aku - , -

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Wahai blog , aku tersangatlah rindu pada dikau . ingin ku meminta maaf kerna sudah lama tidak berdating dengan mu . jangan curang denganku . haiikk , maaf ayat hiperbola plus gedikss tiba-2 . just intro babe :) . memandangkan semalam merdeka so aku ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada all my readers :) . aku pun baru aje balik rumah semalam sebab terlibat dengan merdeka kat padang ipoh . so tired maa :'( . mahu tertanggal semua skru-2 lutut aku kowt berkawat . dahlah pakai baju sekolah , tali kasut aku dah naik tercabut nasib tak terbang aje kasut aku kat muka Sultan nanti tak pasal-2 aku famous . LOL :P . aku sakit hati gila dengan budak Ampang . 3 hari naik bas dengan diaorang pergi padang ipoh aku rasa macam 3 tahun tahu tak ! bising gila bapak kat dalam bas kami semua lelaki perempuan senyap aje . dahlah bising lepas tu mengusik orang pula . main-2 tarik cap akulah keychain akulah karang aku tarik telinga tu sampai putus then aku masak telinga goreng bagi anjing makan baru taw . aku rasa dengan perangai diaorang yang macam SETAN tu anjing pun tak pandanglah telinga kau weii . macam syial tahu tak ! aku apa lagi memang bertempiklah dalam bas tu then boleh pula diaorang gelak . rasa macam nak angkat semua budak Ampang ni campak dalam lombong biar mampus korang . nama aje Ampang tapi perangai macam *ampang . tett tett ! haa , kan dah keluar perkataan yang tak sepatutnya keluar . nasib baik iman aku kuat lagi taw kalau tak dah bersepai gigi korang aku buat . pandai-2 lah korang cari gigi korang yang mana satu XD . sampai hostel , jiwa aku panaslah . aku pun mesej kak irin tapi HAMPEH bukan nak tenangkan jiwa lagi nak menyesakkan jiwa adalah . sabar ajelah tyme tu , memang aku terus stop mesej and campak handphone atas katil . malam semalam abang mesej baru tenang sikit jiwa . dia juga yang pandai sejukkan hati aku bila marah . thanks abg <3 . kbye :) .

MuahmuahLoveyou <3