Sunday, December 9, 2012

Candidates SPM 2013 :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

Okay now dah masuk tengah bulan 12 pun and tahun depan bermulalah perjuangan besar yang menentukan masa depan aku apa lagi kalau bukan SPM . ggrr , bunyinya scary kan ? haha aku yang nak type pun scary juga taw . cuti ni pun berlambak homework cikgu bagi taw paling banyak chemistrylah . penat dowh nak siapkan tapi tak apa tu kan amanah and amanah perlu dilaksanakan kalau kita pecah amanah kita tergolong dalan orang-orang yang munafik taw . ingat tu :) . okay , aku ni budak sains agama maksudnya aku ambil 11 matapelajaran . Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik , Kimia , Biologi , Fizik , Sejarah , MatematikTambahan , Pendidikan Al-Quran dan Sunnah , Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab . banyak kan ? kan ? nak buat macam mana aku yang decision nak masuk kelas ni so ambillah walaupun banyak tapi tak terbeban pun just Fizik , Addmath dengan Arab aku tersangatlah teruk and aku memang lemah pun subjects tu . hadis Nabi : menuntut ilmu itu adalah fardu ke atas setiap muslim . haa , nak tahu tak ambition aku apa ? cuba teka ! cuba teka ! aku nak jadi botany insyAllah setakat ni tulah cita-cita aku manalah tahu berubah pula akan datang . memadangkan tahun depan SPM so kita bermaaf-maafanlah supaya memudahkan kita menjawab soalannya nanti . jagalah hubungan sesama manusia kerana mereke dapat mendoakan yang baik-baik untuk kita . aku pun dah buat dah just terserah kepada tuan empunya badan nak memaafkan ke atau tidak . jikalau orang melakukan perkara yang menyakitkan hati kita walaupun kita dah meminta maaf dan cuba nak berbaik , kita tunjukkan sifat-sifat yang baik pada dia dan berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati orang itu . insyAllah :) . jika kita ikhlas memaafkan orang , insyAllah hatinya pasti lembut .
 

p/s : menuntun ilmu itu adalah fardu ke atas setiap muslim 

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment