Saturday, December 24, 2011

Sakit Hati !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Okay beberapa hari ni aku tersangatlah kena penyakit sakit hati tahap kronik tunggu masa nak meletup aje ! mana tak sakit hati kalau hal aku ,  masalah aku diceritaceritakan kat orang lain . kan aku dah cakap yang aku tak suka orang tahu masalah aku bila aku tak bagitahu mulalah bising then kata aku tak percaya dialah apalah . ooppss sorry aku lupa nak bagitahu ni bukan pasal BOYFRIEND ! okay sambung balik . bila aku bagitahu dia pergi cerita kat orang lain , sampaikan aku gaduh dengan dia pun nak cerita kat orang . tak ada akal ke ? dia mesej aku semalam dalam pukul empat lebih tanya result kalau nak ikutkan hati yang sakit tahap kronik ni aku tak nak balas mesej tu tahu tapi aku tak nak nampak sangat marah so aku pun balas tapi macam nak tak nak aje then aku kata aku tak ada mood . maybe dia ingat aku tak ada mood sebab result . dahlah terkilan pasal result tambah pula masalah ni memang nak bagi aku masuk ' rumah bahagia ' sungguh ! dia cerita pasal kami gaduh tu aku sabar aje then dia bagitahu result eeee rasa nak pecahkan tembok belakang rumah ajelah ! biarlah aku bagitahu sendiri ! pasal result tu aku tak marah sangat tapi hal kami yang nak cerita kat orang kenapa ? dia memang buat aku hilang kepercayaan kat dia sungguh ! tengah hari tadi elok aje kak ana mesej aku macam tak ada masalah .

Kak ana : Hai , aien .
Selepas 30 minit baru dibalas .
Aien : Hype kak ana .
Kak ana : Amboih , lambatnya balas . akak ganggu ea .
Selepas 30 minit baru dibalas .
Aien : Eemm . kenapa mesej ? nak tahu result ? result tersangatlah teruk . 2A7B .
Kak ana : Saje mesej kamu . tak ada kene mengena dengan result . akak dah tahu dah .
Selepas 30 minit baru dibalas .
Aien : Owh yeark ke ? _ _ _  _ _ bagitahu eah ? hhmm .
Kak ana : Haah . kamu okay ?
Selepas 30 minit baru dibalas .
Aien : Kita mesej nanti . busylah . salam .

Hesh , ingat aku rela hati nak balas ? terpaksa tahu sebab tu aku balas lambat . tu pun aku guna alasan busy tak nak mesej dengan dia . baik aku stop dulu sebelum karang belang aku yang sebenar dah keluar . aku rasa buat masa ni aku nak jauhkan diri dari dua orang ni dulu . aku takut nanti aku mengamuk , bukan aku nak menunjuk yang aku ni terror sangat tapi dah ada pengalaman dah . hhmm kesian kerusi sekolah pecah dua aku buat nyaris kena bawa jumpa pengetua aje :) . apa ? tak percaya ? ada aku kisah ? aku tak suruh pun korang percaya :) . by the way aku harap aku boleh buang tabiat buruk aku ni yang kuat melenting ni dan dua orang tu fahamfahamlah perasaan aku eah .

MuahmuahLoveyou <3

No comments:

Post a Comment